<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6367788199629030732?origin\x3dhttp://lightofintelligent.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



“Assalamualaikum :) Mari menjadi adamantium! ”

"The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th."

: Nurin Nabihah, 7 December, Malaysian .
+ Follow this blog |

chitchat:

Teruskan Senyum :)
written on 03 February, 2012 @ 11:39 PM ✈

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Siapa yg tak pernah kena uji? tipu la kot kalau jawab
tak pernah. paling kurang pun, nak buat karangan
bahasa melayu takde idea. cikgu suruh hantar esok
pulak tu. dah la kerja lain pun banyak jugak. kan?

Okey, tu baru dari sekecil-kecil perkara. Yg besar pun
banyak sangat sebenarnya. macam kematian,kehilangan,
kesedihan,kesakitan,kemiskinan.. Macam2 lah. Yang penting,
kita kena sabar. Kita kena ingat,yg semua tu hanya PINJAMAN.
Allah lebih berhak trhadap kita, kan?

Amik contoh, macam Rasulullah. kecik2 lagi, ayahandanya
dah wafat. kmudian,ibunya pula. bila baginda nak berdakwah
menyebarkan agama Islam, lagi laa teramat berat dugaan tu.

Mmg boleh leleh air mata kalau dgr pengorbanan Rasulullah.
semata-mata kerana agama,dan umatnya. tapi kita..?
hurmmm semoga kita semua dpt hidayahNya. Amin.

Okey,berbalik pada tajuk. Hidup ni memang ada banyaaaak cabaran.
Ecspecially orang yg beriman. Firman Allah:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan 
membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! 

Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, 
pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing. 

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Hadapi dengan senyuman!! :)



0 comment[s] | back to top



© 2012 - Layout created by Afeeqah.
May Allah bless us :)